Friday, October 12, 2007

SINGGAH AMAL RAMADHAN (SAR) DEKATI PEMBAYAR ZAKAT

Shah Alam - Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah mengadakan satu Program Singgah Amal Ramadhan (SAR) baru-baru ini. Program tersebut merupakan satu program beramah mesra dan mendekati pembayar zakat syarikat dengan mengunjungi premis pembayar zakat tersebut. Sebanyak 8 buah syarikat telah dikunjungi oleh Skuad SAR di sepanjang program tersebut.

Dengan bertemakan, Hayati Ramadhan Insafi Amalan, skuad SAR LZS yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Dakwah dan Kutipan telah menghulur sumbangan hamper, buah tamar, risalah zakat, majalah asnaf dan kad hari raya kepada syarikat-syarikat terbabit.

Antara syarikat yang dilawati oleh Skuad Singgah Amal Ramadhan tersebut ialah Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), Bank Pertanian cawangan Negeri Selangor, Bank Simpanan Nasional Kompleks PKNS, Pos Malaysia Berhad Negeri Selangor, UMW Toyota, Shin Etsu Shah Alam, Tabung Haji Negeri Selangor dan Saujana Resorts Shah Alam.

Skuad SAR juga telah membuka membuka kaunter zakat fitrah dan skim potongan gaji (SPG) di Saujana Resorts, Shah Alam. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kakitangan dan para pelanggan hotel emnunaikan ibadah zakat di bulan Ramadhan. Pihak Hotel Saujana Resorts juga telah manaja juadah berbuka puasa kepada seluruh Skuad Singgah Amal Ramadhan, LZS pada hari tersebut.

SINAR BAHAGIA

wsdfwg wierfgwur mmm